::iKLan @ aty@@rim@n

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA


Friday, August 26, 2011

Resepi Apam Pisang

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
maaf ye diatas kelewatan memasukkan resepi ini.
byk keje nk kena siapkan sbb lepas raya naziran nak dtg opis.
hehehe... br nak wat keje kan. kalo x melepak jer.
sape cakap??? hahahhaa
ok la pd yg mintak sila la salin yer...

APAM PISANG – CIK MAT GEBU


BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.

2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.

3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...




Thursday, August 25, 2011

Susu Dutch Lady

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ni kisah semalam.
semalam nmpk iklan dlm paper utusan pasal ade promosi susu.
dgn pantas nye call en suami ckp nk g tgh hr.
even g tgh pon stok kat kabinet abis kena amik dlm kotak.
promoter ctu ckp dorang malas nk susun sbb kejap je abis.
masa nk bli tu promoter tu ckp ble amik 3 pack sorang.
so aku ngan hubby amik la sorang 3.
tp bile aku apdet status kat fb rupanye kawan aku pon g jugak.
dia ckp ble bli 5 pack sorang. la ye ke???
pesal lak ngan aku ckp 3 pack sorang.
x ke rugi tu. nak tau nape aku ckp rugi??
sbb susu ni kalo x promosi rege nye RM 22++.
atau pon bli kat family store RM 20.89 kalo x silap aku.
masa promosi ni rege nye RM17.99.
murah kan??? tu la pasal.....

6 pack susu.
3 pack utk abg iman Dutch Lady 456
3 pack utk adik iman Dutch Lady 123
ekceli saje bli kan adik iman awal susu 123 sbb lepas raya ni dia dh setahun.
so senang la kan x yah la kecoh2 nak bli.
kalo dia x minum bg je kat abg.
abg tu x kisah susu sape or jenis apa.
sume dia ble sebat minum. hahahhaha


dh balik br pasan ade kontest kat susu 123.
kena gores sekali jer.
tp bile dh goreng yg kuar CUBA LAGI.
en suami pon gores yg satu lagik.
last skali aku baca kat syarat2 nye.
kalo gores sekali n ade 5 pack susu ble tebus baucer DL RM5.
ceh!!!!


Wednesday, August 24, 2011

MANA MAK???


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?” Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomBor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.

Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamad. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi, tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak untuk beritahu yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak
Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, ”Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” ”

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal.”

“Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia....

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw., ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Sesi meluahkan perasaan


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
hari ni mesti ramai yg wat WW kan (wordless wednesday).
tp aku x ble wat WW ni sbb aku nk menceceh hari ni.
ade yg tau kat fb pasal smlm kan aku nk wat kuih beger malaysia tu kan.
dh balik keje siap2 buat sume kan.
time nk goreng tu x jadi. bhgn dlm kuih tu x masak.
rupa nye kuih tu x naik.
apasal ntah. slalu buat ok jer.
ke ade kena mengena ngan suami saya letak air panas dlm yis??
aku mintak dia rendam yis ngan air suam.
bile aku nk gaul tgk yis tu panas. bole ke??
ntah la. xpe la hr ni aku try lagik yer. xde hal la...

ok ni kisah smlm gak.
smlm kan suami aku g tukar duit raya.
balik keje dia tunjuk sampul ngan duit raya lagik.
eh?? mana dpt duit tu?? sedangkan semua duit dia dh bg kat aku.
rupa2 nye sorang pegawai dia bg duit ngan sampul tu kat dia.
so dia kire la duit tu ade dlm rm30-40.
ishk banyak gak tu. pegawai tu ckp sedekah2 kan la.
so...kami utama kan la duit yg tu baru la duit kami.
ahahhaha... kan jimat tu... terima kasih yer Pn. Hajah Mariani.
Pn Hajah ni kan dia tempah kuih karas nenek aku 10 botol.
dia agih2 kan kat kawan2 dia kat opis suami aku.
terima kasih again... :)
alhamdulillah...murah rezeki dia kan....


*** pd yg nak resepi apam nanti aku masukkan yer...

Tuesday, August 23, 2011

Duit Raya

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
dh selamat ditukar oleh en. izhar pg tadik.
dlm ujan di redahkan jua ke bank.
ujan since awal pg dh kul 11 x renti lagik.
ate bank kata tuko duit dr kul 9.15pg ke 12.30tgh hr je.
nk tggu ujan reda bile la gamak nye kan.
ni je la yg ade pon nk ditukarkan.
tu pon ade sebahagian mak nye.
mmg tiap2 thn aku sediakan duit raya utk mak aku.
ye la mak aku mana la keje. mana la ade duit pencen kan.
harapkan anak2 la sediakan utk dia... :)

dpt sebungkus je sampul raya.
kena la korek2 kot2 ade thn lepas punya... :)

Nasi Ayam


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
terbaik dr taman nirwana. hahhaha
x cukop bahan. dh amik gambo br pasan.
mana salad ngan tomato aku??
mak aku lupa la. dia ckp aku x bli salad. padahal ade.
dh nk makan baru kuarkan salad + tomato.
sup aku lupa nak snap gambo.




ni la keje budak kenit ni.
abg dia pggl dia 'budak kenit'.

ni budak gemok. minum 4 botol susu pon x tido2 jugak dia.
smlm ayah dia ngecat dia dok kaco. skali tgn kena cat.
dia kesat kat blkg bj. abis bj kena cat.
seb bek la cat puyih kapur je. basuh pon ilang.
puas gak la aku marah tp dia dtg wat2 manja ngan aku.
cair terus... hehhehe


Monday, August 22, 2011

Apam Pisang


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
percaya atau x korang kena gak percaya...
hahahha
nape aku cakap cam tu??
sebab nye aku buat kuih apam pisang ni tadi.
hehehe
tgh hr tadi aku kuar awal ckit sbb nk g tukar duit raya kat bank.
skali urusan abis awal gara2 staff bank kata esok br ble tukar.
so aku pon balik la rumah ngan hasben aku.
dia dok bantai tido. aku lak kung kang kung kang kat dapo.
akhir nye jadi la apam pisang ini.



adunan x banyak dpt la dlm 20 biji guna acuan kecik.
kalo guna acuan besar mesti dpt ckit.
sape2 nk resepi akan dimasukkan kemudian yer.
x sabar nk makan berbuka nanti. tapikan xde kelapa tau.

Pasar Ramadhan or Berbuka Luar


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
tahun ni aku blm pecah rekod ke pasar ramadhan aka PARAM lagik.
kalo takat orang lain pegi aku makan tu ada la.
tp x sama kan...
mmg dari awal lagik x nak g param ni.
bkn nye apa..kalo dh masuk param sume kalo bole nk bli.
dr nak bli nyr seringgit jadi berpuluh2 ringgit.
so baik x yah g. balik umah wat kuih sendiri.
tp kan wat kuih sendiri ngan bli kat param pon lebih kurang je.
kalo bahan x de kena gak bli kan tp puas hati sbb ble makan byk.
kalo bli kat param seringgit 3 ketol blm tentu seketol tu masuk mulut kite kan.
oh ya.. thn ni pon blm lagik berbuka kat luar.
takat ni berbuka kat umah mak (isnin-jumaat).
umah mil lak sabtu-ahad.
rasa2 nye khamis ni nk berbuka kat luar tp kena tanya en. izhar dulu.
kang dia x nak payah gak kan... :)
eh Bazar Ramadhan pon aku blm g tau.
aku berangan2 la nk g kan tgk2 bj2 kurung dh siap.
tp x kesampaian la sbb ade anak2 kan.
sian lak nk tgglkan dorang tu n sian gak nk ajak dorang bersesak2 napas kan.
dh la dorang tu batuk x baik lagik.
kang tambah2 penyakit aku gak yg susah kan.
so dok umah je la.
dh last2 minit ni kan nk bli brg kat mall pon payah.
cam kat mydin mall ke tesco ke.
beratur ya Allah... panjang yang amat...

** gambar aku search yer.

Sunday, August 21, 2011

comel x??


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


cara abg tido ni kan serupa mcm moyang dia...


ni masa g mydin mall..
disebab kan ujan renyai2 so pakai la kain gitu. memula dia x nak.
then suka pulak dia... :)



Saturday, August 20, 2011

Resepi Murtabak Maggi


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ok la. memandang ade yg berminat ngan murtabak maggi saya ni kan.
ni saya share kan resepi nye yer..



Murtabak Maggi

bahan2 nye:

maggi 2 bungkus
sedikit daun bawang
sedikit cili merah
sedikit daun sup
sedikit perencah maggi
telur 3biji

caranye:
maggi di rebus dan kemudian di toskan.
cili merah, daun sup dan daun bawang dihiris2.
kacaukan telur bersama perencah maggi.
masukkan daun sup, daun bawang, cili merah dan maggi rebus.
kacaukan rata dan kemudian gorengkan atas nonstick pan.
balik kan lepas dh garing sblh.

** kalo telur byk dua2 belah akan tertutup ngan telur
 kalo x jd cam atas tu la, kurang telur.
** bahan2 boleh edit ikut suka sbnr nye..
** tQ Lia sbb menegur. aku x pasan pon..:)

Friday, August 19, 2011

Murtabak Maggi


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
setelah difikir2 kan dan sevey2 apa nk buat utk ptg semalam kan.
ni la hasil nye. murtabak maggi.
ekceli dh berhari2 nk buat tp x terbuat.
so smlm x tau wat apa buat la ni.


ni dh last2 telur dh kurang. yg awal2 byk telur + daun2 nye.

saya pon sudah!!!


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
semalam sblm g umah mak singgah kat Mydin Mall Mitc.
hajat nye nk bli brg ckit.
lalu kat pintu masuk ade kaunter zakat.
terus je berenti n bayar zakat dulu.
lambat2 nanti takut lupa x bole la kan.

en. izhar sdg menunggu

lafaz niat zakat

ni la resit nye. tahun ni byr utk 6 orang...

Thursday, August 18, 2011

Kad Undangan Perkahwinan Ashraf Muslim, Memey + Norman Hakim

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
nk tau citer lanjut baca kat Sini


atas ni kad jemputan Memey + Norman Hakim

yg ni pulak kad jemputan Ashraf Muslim


Cucur Udang

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
selamat pagi semua.
hari ni aku nk share kuih yg aku buat smlm.
kalo korang nk tau aku ni x reti nk masak kuah2 bagai.
aku suka wat kuih2 jer ye.
paling todak pon aku wat sambal.
sbb tu peberet suami aku.
ok setelah 29thn umur aku.
akhirnye aku berjaya wat kuih cucur udang. hahahha
cam klakar kan munyik nye tp itu la kenyataan nye.
alhamdulillah kuih ini mendapat sambutan walaupon..
aku masak 3 biji kemdian azan pon bergema.
terpaksa la aku dok dapo masak sampai 5 bijik.
pastu aku makan dulu kemdian sambung balik.
ade citer menarik disebalik membuat kuih udang ni.
ekceli masa aku nk masak kuih ni kan,
mak aku nk masak tomyam udang + ayam.
skali dia termasukkan udang aku + udang dia dlm piok tomyam.
kesudahan nye cam ne aku nk wat kuih udang ni??
aku paksa suami aku g bli udang.
itu la yg menyebabkan kuih udang aku lambat siap.
kuah cili aku x snap.
hehehehe
kalo ada sesapa nak resepi nye amik kat Sini yer.
aku x ikut sangat sbb ikut bahan yg ade jer.
selamat mecuba!!!


Wednesday, August 17, 2011

kadar bayaran zakat 2011

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
pinjam ni kat blog Kak Ila
** zakat aku di byr oleh en. suami. dh tegur dia td. takut lupa.
** tahun ni byr utk 6 orang.
- suami
- aku
- iman hadif
- iman harith
- mak aku
- hawa (anak arwah kakak aku)

anak2 ku sayang

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
nak letak tajuk memacam x bole sbb smlm dh letak.
jadi la kan tajuk tu. sume pasal anak2 jer.

tgk gigi dia. sangat tajam ok.
kalo dia gigit..bisa giler!!

muka budak yg sangat puas hati.
nk tau nape dia sangat puas hati???
sebab... dia dpt gigit pipi ibu dia!!!
memula ingatkan dia nk cium skali dia gigit.
sakit wooo....

ni abg.
mmg tempat abang kat seat blkg.
letakkan blkg driver aka ayah dia.
so ble la dia nmpk dvd kat dpn seat pd ibu.

ni pulak 2 bradik main motor abg.
aku x citer lagik kan yg adik dh pandai bawak motor abg.
hr tu kan dia naik motor abg.
pastu aku x pasan pon suis motor tu ON.
skali aku tgh tgk abg yg nak bawak kete, dia bergerak.
pastu si adik ni punya la suka, YaAllah... gelak2 sakan.
kemain happy dpt bawak motor abg dia.
sejak tu aku tgk dia asik nk ke motor je.
tp aku pasti kan suis motor tu OFF.
takut dia jatuh.
malam tadik dia main ngan abg.
abg pegang handle dia tekan pedal bateri.
sakan la dia gelak2.


ni aku x tau gambar bila.
aku nampak adik aku tag kat fb. so aku cilok la.
ala bkn gambar sape pon. anak aku gak kan.
terserlah kebulatan abg ni kan.