::iKLan @ aty@@rim@n

Tuesday, July 31, 2012

Sahur & Berbuka


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

nak citer ckit la sahur & berbuka.
ekceli aku sahur cam biasa la kat rumah aku.
lauk?? aku tapau je la dr umah mak or mil.
hari kerja, aku berbuka umah mak aku.
sbb ye la anak2 aku kan kat umah mak.
so senang la keje.
kalo aku nak balik masak lepas amik anak tu,
 mmg x makan la jawab nye kan.
so lepas makan lepak2 jap then baru balik umah.
tu pon dh siap tapau utk sahur nye.
pagi2 nanti masak nasi je la.
kalo lauk habis or x menarik aku x tapau.
aku just masak nasi then wat nasi goreng.

hari wiken lak aku berbuka umah mil.
tu pon bkn tlg masak, dtg makan jer.
sbb ade je keje aku kena wat.
so x dan lagi nak nolong.
tu pon aku smpi tlg sesikit apa yg patut la.

aku x dan nak amik gambo sume lauk.
apa yg ade je aku amik.
bkn nk bg korang terliur ke hape.
nk bg idea nanti nk masak apa.
ok??? hehehhe

sume2 ni lauk last week yer....

ni mak wat nasi lemak.
lauk nyer rendang kerang, sambal bilis, telo.
aku upkan ngan ayam golek (bli kat mydin jer).
roti canai tu en. Izhar yg upkan.
dia mana ble xde roti canai.
hehehehe

pastu x tau nak bancuh air apa kan.
kebetulan aku g mydin bli ayam golek.
aku nmpk la air kotak ni.
aku bli 4 kotak. murah br seringgit lebih sekotak.
so berbuka ngan air ni la....sedap!

ni citer hari jumaat.
ni air wajib setahun sekali time pose jer.
hehehhe... mak aku suka air ni.
bln pose dpt sekali pon jadi la.
dua botol tu bersih sekali jalan jer.
heehehehe..
masa nak tuang air ni.
tutup sblh dlm tu ketat x ble bukak.
aku soh en Izhar bukak kan.
dh tu aku tuang la air tu dlm jag.
then dh sudah ade la buih2 lebih kat botol tu.
en Izhar ngan x perasan terus je tuang air masuk mulut.
seb bek aku cepat tepok dia br dia pasan.
g la sinki basuh mulut.
x pasal2 je kan. hahhaha...
tu la dr pose pertama dia tingin nk minum air ni.
hahaaha...

yang bawah ni sume lauk hari jumaat... 
masak lemak nenas ikan masin.

sayur campo.

sambal cili merah telur burung.

ikan goreng.

telo burung rebus utk bebudak... :)

makan kat rumah lagi best dr beli kan.
oh ye setakat ni br 2 kali g memborong kat bazar.
itu pon bli murtabak ngan roti john.
lauk2 ke apa ke blm lagi. :)

korang dah ready baju raya???


Monday, July 30, 2012

Gold Coast Morib : Kerepek House


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

hai korang!!!

sblm balik dr Gold Coast singgah beli kerepek.
beli kat kilang Kerepek House.
memula aku x ingat dh nama tempat ni.
last2 nye aku search gak la.
nak bg korang senang kan.
korang ble klik kat sini Kerepek House.

ni kali ke 2 aku g sini.
sblm ni aku g kenduri kawin kat klang.
then nak balik saje ikut banting-PD.
so en. Izhar la ajak singgah sini.
dia pernah dtg sini sblm ni.
sbb dia pernah kursus kat area Morib nun.
sbb tu la dia tau.

aku x bli byk pon.
just nak wat kunyah2 sepanjang perjalanan balik.
bg ilang ngantuk en. Izhar tu jer.
ni la tempat nyer.

ni antara yg aku bli.
aku bli 3 jenis kerepek.
kerepek ubi pedas.
keropok kacang.
then tu yg si adik pegang.
aku lupa apa nama keropok tu.

tp separuh dari keropok tu aku ngan en. Izhar yg makan.
sedap beb...

Info:


Saturday, July 28, 2012

Happy 5th Anniversary


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Happy 5th Anniversary to :

Haslawati Abu Bakar
&
Mohd Izhar Borhannuddin


Buat En Izhar,
suamiku yang tercinta.
terima kasih atas segala pengorbanan yang telah diberikan buatku dan anak2.
kami amat menghargai atas apa sahaja yang telah B lakukan buat kami.
mgkn x termampu kami membalas nya ketika ini, mgkn balasan disana lebih baik dari sekarang.
terima kasih juga kerana menjadi teman, sahabat, kekasih, abg, adik dan ayah buat ku.
terima kasih kerana sudi menjadi teman hingga akhir hayat ku.
terima kasih sayang....

Nikah 28.07.2007

Sanding 04.08.2007.

~ semoga kebahagiaan, cinta dan keceriaan sentiasa mengiringi kehidupan kami hingga akhir hayat ~

Friday, July 27, 2012

Gold Coast Morib : Part 3


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!

sambung lagi citer aku ni ek.
lepas g jalan2 kat Pantai Morib kan.
balik semula ke Gold Coast.
eh masa kat pantai morib aku nmpk ramai pakai gelang kertas theme park.
sah2 la org yg stay kat sini kan.
hehehhe...

ok la. smpi hotel x masuk bilik.
ajak en. Izhar pusing2 kat kawasan Gold Coast tu.
tgk la apa yg menarik.
masa ni anak2 dh keletihan.

yang ni The Venue.
ok. ni la tempat makan malam ngan breakfast.
xde nak makan kat kafe segala bagai yer.
sbb nye terlalu ramai sangat orang.
makanan ala bufet + gerai.
pilih la nak makan apa.
tp sayang aku makan x tenang.
huhuhuhu... 

~abg posing tonggeng muntut~

yg ni plak kat The Pier.
kire pub kot kalo x silap aku la.
tp waktu malam la.
siang2 ni nak jalan2 kat sini bole la.
tp Ya Allah... ramai gilos org bebs.
nak bergambar pon payah.
aku nak amik kat pintu masuk pon x ble.
ade je yg lalu.
tempat ni tepi laut. masa ni air surut.
kot air penuh bawah ni ade air la gitu.
tp tepi2 tu ade dipasangkan jaring takut jatuh.
hehehhehe

dah selesai jalan2 nak balik bilik.
nape mamat mok tu melalak??
sbb nak naik motor ATV tu.
adeh.. awak tu kecik lagi la.
ble plak dia ckp ade motor kecik.
mmg ade pon tp x kan ng biar dia bawak sendiri.
lagi pon 20min RM30 ler.
sayang duit ibu.
1 lagi yg wat dia melalak kat situ ialah kasut dia.
ok. abg ni jenis x suka pasir.
kalo pasir kena kat kasut dia ckit dia akan soh kite bersihkan.
tp kena pasir laut kan payah nak buang semua.
masa ni kasut dia dh penuh pasir.
dia x nak pakai.
lepas tu korang nmpk x pasir yg byk dpn tangga tu.
dia x nak lalu ctu n paksa aku dukung dia.
adeh... abg ni...x macho la bebs... :P

smpi bilik ingatkan nak tido.
tp nak main2 kat dlm jakuzi plak.
dia ckp abg ni dh kotor. adeh.
layan kan je la.
lepas mandi tu terus naik atas katil minta susu.
lena la dua bradik tu.
kul 8 malam kejut dorang nak g makan.
dan bermula la episod mak bapak nak makan x tenang.
mmg x tenang sbb dua2 bantaikan melalak.
adeh!!! org dok pandang2.
xdpt nak merasa makanan tau.
makan nasi ayam, mee goreng ngan kek ckit.
sedap plak tu makanan kat ctu. adeh!
tu pon en Izhar g amik aku kena jaga budak 2 org tu.
tp yg klakarkan masa ni ade 2 mamat ensem dpn aku.
tp aku syak dorang 'gay'.
sbb?? dorang mcm x dtg ngan org lain, dok 2 org jer.
dorang tu ckp slow2 mcm bisik2.
then dorang tu mcm loving semacam.
hahahhaha...

lepas makan ckit lebih kurang terus g kedai serbaneka.
tu pon idea en Izhar sbb dia riso kalo abg iman lapo.
so bli la keropok ngan maggi cup.
then baru la masuk bilik.
ingat kan depa nak tido tp len crita nooo...
dorang dok main belon smpi kul 12 lebih.
aku malas nak tggu aku tido je.


Gold Coast Morib : Part 2 (Pantai Morib)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!

meh sambung lagi kat Part 2 lak...
lepas mandi, x tahan dh lapar sangat.
nk tggu dinner lambat lagi kul 7.30pm start.
padahal jam baru kul 4pm masa tu.
en. Izhar wat cadangan supaya makan kat luar.
adeh! dh la x tau kat mana nak makan.
so jalan je la dulu kan.
skali en. izhar ckp, jom g Pantai Morib.

cari la makan kat sini.
makan yg biasa2 je, goreng2.
aku nasi goreng ayam sama en. Izhar.
utk anak2 amik nasi goreng cina x nak sayur.
air, aku amik fresh oren. en Izhar amik air teh tarik.
then en Izhar g bli tauhu bakar.
sedap tauhu bakar tu. dia ofer nak blanje sotong bakar.
dia tau aku suka. tp aku x nak.
dh kenyang dh masa tu.

masa ni kan cuaca panas sgt, terik.
lepas makan g jalan2 pusing kat ctu...
adik yg x sabar nak minum air.

tgk tu minum lagik.
dia ni mmg suka minum air.
pantang jumpa air nak minum jer.

amik saje amik gambo ibu yg syomel gemuks tu.

dh lepas makan jalan2 tepi laut.
ni ayah soh abg ngan adik posing gini.

nmpk lak org jual2 menan.
ni la aku x suka nak g jenjalan.
sbb ade je yg jual menan.
mesti kena bli.
abg lak nmpk bebudak main belon.
dr dia melalak2 kuat2 n sume org pandangkan...
baik aku bli kan aje.

abg main adik kejo.

abg soh aku jalan jauh ckit sbb dia nk tembak ngan belon.

nmpk playground.
selalu abg la yg beria nak main.
bile aku tanya x nak main ke?
dia ckp 'nanti abg jatuh, darah banyak'.
hm...

jejaka pilihan hati aku.
sentiasa di hati ku...

 

Thursday, July 26, 2012

bEEzEE


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

hari ni aku x dpt nak apdet smbgan cuti2 yer.
hr ni aku bizi ckit.
pg td attend meeting kat HQ.
ni nak kena sediakan minit mesyuarat pg tadi.
pastu ade keje kat opis yg nk kena wat.
so, kemdian2 la ek aku sambung.
aku letih sangat hari ini.
:)

Wednesday, July 25, 2012

Gold Coast Morib : Part 1


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

ni percutian sebelum berpuasa.
en. Izhar ckp percutian merehatkan badan dan minda.
mmg dh plan nak bawak budak 2 orang tu g mandi2.
cume tempat je x pasti n kebetulan plak ade bli Baucer kat Groupon.
ekceli beli Baucer bulan Jun lepas lagi. so gunakan la baucer tu.

jenuh btol nak booking bilik. asik fully booked jek.
bygkan kat 2 mggu jugak la deal ngan pihak hotel.
akhirnye berjaya jugak dapat date yg sesuai. bagus btol dpt seminggu sebelum pose.
dh mmg plan x nak g lepas raya sbb lmbt sgt.
en. Izhar asik menghitung hari je nak ke sini.
dia la orang yang paling x sabar sekali. kalah budak2 tu. hehhehe

Check in : 15/07/2012
Check out : 16/07/2012

ekcelikan dorang nye weekdays start dari ahad-khamis.
weekend lak Jumaat-Sabtu.
so nak ngelakkan kena cuti lama. mintak la masuk ahad n kuar isnin.

hari nak check in tu..
yaAllah... ramai gilos orang..siyes. x pernah nak check in hotel kena beratur panjang.
seb bek la aku smpi awal. aku smpi kul 1.30pm terus check in.memula nak tgk jer keadaan.
 tp tgk dh ble check in aku pon on je la.sama lorat org check in ngan check out tau.
en. Izhar btau dia dgr ade org ckp.
masa tu 400 masuk, 400 kuar.gile kan...
hmpr setengah jam jugak then br selesai..

jom tgk bilik.
mmg rezeki la dpt bilik mengadap theme park. ekceli ingat nak request. last2 dh terlupa terus. kebanyakkan nye dtg sbb bli baucer kat deal. x ingat la kat streetdeal ke mydeal ke. hapa ntah. tp orang bli lagik murah. aku bli RM188 tp dorang bli RM180 jek.
ala.. RM8 je beza nye kan...

 dpt katil twin single.
lepas tu gabungkan katil tu.
senang nak tido.

tingkap ble tgk bilik mandi.
sbb tu la si adik kejap2 jengah kat tgkp tu.
ishk...


cbok nak posing kat jakuzi tu.
siap soh bukak air x sabar nak mandi.
adik plak org ajak mandi kat theme park,
dia nak mandi kat dlm tu.
huh!

wat lawatan.

pemadangan theme park dari bilik.

bilik kat tingkat 2 jer.
so xde la tinggi mana pemandangan nye.
tu yg bebudak ni kejap2 jengah ke balkoni.
asik ajak mandi jek.

lepas kemas2 brg, terus salin baju.
budak 2 orang tu x sabar nak mandi.
padahal masa ni blm makan lagi.
mandi dr kul 2 hingga 4pm.
lepas tu en. Izhar ajak cari makan.
dia dh lapo sangat.

sape2 nak cari info pasal Gold Coast Morib ni ble klik sini : http://www.gcr.com.my/p1.asp

WW # 22


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

ni nama nye budak xde keje...
hahahhaha....


Tuesday, July 24, 2012

Resepi : Ayam Goreng Tandoori


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

hari ni aku nak share resepi la.
ayam goreng tandoori @ ayam tandoori goreng.
ikut suka korang la yer nak sebut mana 1 pon.
x masuk peksa pon menda ni.
meh la cuba utk juadah berbuka pose.
senang je nak wat menda ni.
tp aku xde gambo la yer.
sbb aku pon br je dpt.
blm cube lagik.
moh la sesama kite mencuba nya.
hehehhee

Ayam Goreng Tandoori

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 paket rempah tandoori
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar tepung goreng ayam
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan selama 1/2 jam
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan kekuningan
  • hidangkan panas-panas.
Tip.. Kalau korang rasa resepi ni kena dengan selera harian. Boleh la buat perencah tandoori ni banyak-banyak. SENANG untuk digunakan di kemudian hari.

sumber dari :
dan

Gift Sempena Ramadhan


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!

sehari sblm start pose lepas kan.
kire hari jumaat la yer.
bos pggl sume staff nak jumpa.
bkn ramai pon staff kat cni.
termasuk bos sume skali 9 orang.
campo ngan polis 2 org ngan budak praktikal sorang.
ade la dlm 12 orang je sume nye.
bos bg ucapan ckit la then mintak2 maap segala bagai.
bos bg gift ni kat sume org.

apa ada dlm tu??
*
*
*

buku panduan...

air kotak.

dan..kurma...

TQVM bos... :)


Monday, July 23, 2012

Keluargaku


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

hari pertama berpuasa kan aku dh nmpk ni...
hehehhehe....apa daaa...