::iKLan @ aty@@rim@n

Wednesday, February 27, 2013

Memalam x de Keje

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
 hai korang!!!

hari tu singgah umah mak.
bebudak ni kalo jumpa hawa.
kemain la kan... sakan...
memacam dorang main kan.
ade je la yg dorang gelak2 kan.
best kan jadi bebudak kan.... :)




 
ni permainan last sblm balik.
soh dorang stop nak snap gambo.
hehehe...
kelakar je ngan kasut besar sorang2.
si adik la memula main helmet.
last2 hawa pon ikut skali...
hahahha


 

Tuesday, February 26, 2013

Budak Berendam

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
ni nama nye dh xde keje.
hari2 mcm ni tau.
sakit jiwa mak dorang ni.
ye la hari2 kena buang air kolah tu.
bil air makin naik yer.. bkn makin turun... :)
 


 
kamain ko dorang ek...
hm.... :P
 
 
 

Thursday, February 21, 2013

Asam Pedas Pertama


hai korang!!!

xde pon nama asam pedas pertama dlm kamus ek.
ni asam pedas pertama aku masak.
ye aku yg masak...
setelah umur masuk 30an ni kan.
ni la pertama kali aku masak sendiri.
bkn x pernah masak tp sume mak aku siapkan aku kaco jer.
hahahha....
memula aku rasa mcm malas n susah nak blaja masak ni.
last2 aku cabar diri aku masak asam pedas ni.
ni suma gara2 bosan asik makan sambal ngan lauk kicap jer.
ye la en. Izhar nak sambal je.
lauk lain2 dia ckp x yah masak.
x pon dia soh masak nasi goreng.
cam ne la aku nak masak kan.
ala... sbnr nye aku yg malas tambah lagi aku takut x sedap.
hahahha...

so far ok la asam pedas aku.
cume kalo biasa br belaja somi2 soh kurang kan garam.
tp aku kena tambah kan garam...
hehehehe....



see.. see...
ha... terror jugak la kan aku ni.
hhahahhaha




Wednesday, February 20, 2013

Art aka seni

Hai korang!!!

Ni la seni lukisan anak2 kat dinding bilik.
Bkn guna pensil or pen tp guna tayar kete mainan.....
Huhuhu.....


Tuesday, February 19, 2013

Budak wat keje skolah

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
Hai korang!!!
 
Ni la rupa nye budak skolah wat keje skolah.
Ade je citer dia.
Tulis 1, tunjuk ibu konon nye jadi la dia tulis tu. Cantik la....
Tulis 1, bebel lebih. Ade je citer dia....
Tulis 1, termenung panjang..
Tulis 1, nak minum la.. nak kencing la....
Memacam citer dia kalo wat keje skolah ni....

 
 
 
 
akhirnye siap jugak keje skolah dia ni.
tu pon sblm mula minta makan dulu.
adeh!!!

Monday, February 18, 2013

Sangat Menyampah!!!

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
la... nyampah kat sape lak tu ek??
ye..ye... aku mmg sangat2 menyampah la ni.
menyampah kat manusia yg perasan bagus sangat2.
dia x perasan yg kata2 dia kadang2 nyakitkan hati orang.
tp bile org balas kata2 dia, dia terasa plak.
apa kes???
 
ko x perasan ke apa ko ckp tu org terasa??
bile org balas ko nak sentap2 lak..
aku malas nak layan dah...
gasak ko la kan...
asalkan ko bahagia... :)
 
aku ade baca kat fb pasal ni:
 
mulut syurga : berkata2 yang baik2 jer.
mulut neraka : berkata2 menyakit kan hati orang lain....
 
** kalo salah btol kan la... hehehhe...
 
so... biar kan aje.. aku malas nak layan...
korang pilih la sendiri nak jd yg mana 1...
 
 

Wednesday, February 13, 2013

Motor 1 Malaysia

Hai korang!!!
Si abg pacak kan bendera kat motor ni.
Pastu dorang ni dok jerit 1 MALAYSIA....
Hahaha.....





Saturday, February 9, 2013

Botak Time

Hai korang!!!
Disebabkan rambut dh panjang dh masuk mata bak kata en. Izhar kan. So, kena la ditarahkan nye.. hehehe....
Senang kan keje kalo botak. Btau je nak no bape... no 1 ke no 2 ke kan... tp en. Izhar soh sume2 potong no 1. So lama la ckit nak panjang kan... hehehe...





Friday, February 8, 2013

Pesanan Buat Suami

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
utk tatapan khas suami ku en. Izhar.
bkn la kata bermasalah ke apa..
saje2 utk pembelajaran bersama.
n utk aku plak kontra kan utk suami tu ke isteri.
sama2 la kite belajar utk menambahkan keharmonian rumah tangga kite... :)
 
 
 

Tamat Sudah Setia Hujung Nyawa

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
dah abis pon citer ni...
sweet ok dh ending nye.
seb bek la happy ending tau.
tp sian kat ikram.
sedih gak la part dia tu...
tp part eriza ngan hadi tu x puas hati.
wat la lepas langgar eriza tu dia plak kena langgar ngan kete ke kan..
baru la best..
 
watever pon..
sepanjang citer ni aku rasa mmg sweet abis..
hhehhe...
 

 
len kali wat la lagi citer mcm ni tau...
pada yg terlepas nak tgk citer ni ble klik link bawah ni.
aku pon layan feel skali lagi sbb ptg nak tgk anak2 dok main kete dpn tv.
huhuhuhu
 
 
 

Thursday, February 7, 2013

Budak Kaca Mata

Tengah makan nasi. Tetibe en. Izhar pggl aku. Ingatkan amenda la. Rupanye ade budak pakai cermin mata hitam waktu malam lak tu. Hehehe... ntah hape2 la abg iman ni....
Bile dia tau aku tgh amik gambo dia kan, dia mula wat aksi soh amik lagi gambo dia.....









gambar sume senget lak. apdet guna tab ni x bape pandai ler...

Setia Hujung Nyawa

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
aku tau mesti korang tau pasal citer ni kan.
mesti ade yg menyampah x kurang jugak yg suka kan...
aku x dulik la korang suka ke x...
yg aku tau aku suka sgt citer ni.
mmg aku sengih btol2 nye la kalo part yg klakar tu.
x dulik dh sape ade sape x de...
 
ok... aku cume nak btau korang.
(yg suka tau. x suka tu baca tanpa perasaan. hahahha)
citer ni dh nak abis dh ni.
hr ni last nye yer.
so... jangan ketinggalan tau.
hehehehe....
 
tggu dpt baucer buku aku nak rembat buku ni.
hr tu aku g dh abis dh buku ni.
huh!!!


sweet je dorang ni berlakon tau.
lepas ni cr novel2 yg best mcm ni wat citer lagi.
amik dorang ni berlakon.
rasa sweet sangat2..
hehehhe
 
 
nanti ade lagi novel yg diadaptasi ke drama or filem.
kite sama2 tggu yer... :)
 
 

Wednesday, February 6, 2013

OFF

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!
 
mood nak apdet dh lama ke laut, ke lombong, ke sungai...
dan ntah ke mana mana lagi la.
mcm malas je nak apdet.
kalo aku tutup blog ni ok ke???
ade sape2 nak bg cadangan @ setuju off kan aje.
sila la komen yer..... :(
 

Saturday, February 2, 2013

Percutian Langkawi Day 1 : Akasia Hotel

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
ok.. utk hari pertama, malam pertama....
hehehehe...
kitorang stay kat Hotel Akasia ni.
aku book melalui Booking.com
masa aku smpi dlm kul 11.45 am.
so perut lapar sangat sbb kat LCCT tu makan roti jer.
so cari la makan dulu kan.
lepas tu baru la g check in hotel plak.
skali check in kul 3pm plak.
adeh... masa tu baru kul 1 lebih.
pusing2 la kat Kuah bawak ke Chenang.
hehehhe...

bile dh kul 3pm g la balik kat hotel.
masuk2 jer.... adeh!!!!
indah khabar dr rupa ko.
mmg la aku book tu murah RM49.00..
tp itu kan rege promosi.
promote siap ade astro la bagai la kan.
tp kalo dh tv pon 14inci pesen lama.
gambo pon hidup segan mati x mau.
mmg tension la kan.
mmg xde rupa hotel langsung.
kot rumah tumpangan pon lagi cantik tau.
pengurusan kurang aku rasa kan.
hehehhe...
memula nak cr hotel lain.
tp en. Izhar ckp... x pe la yang, 1 malam je pon.
huhuhuu....

 
gambo2 dlm bilik aku x amik.
sbb aku rasa mcm.. ntah la...
hehhehe... :) 
 
 

Friday, February 1, 2013

Percutian Langkawi : Day 1

 
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 
hai korang!!!
 
moh aku nak story dr awal.
sblm ni aku pernah bg korang tgk gambo kat aiport LCCT kan.
memandangkan pc aku dh ok nak aplod gambo.
so ble la aku apdet sepuas2 nye ek.
hehehe...
 
nak bg balik la intro kat LCCT tu.
sbb nye aku dh susun gambo baik tp jd lintang pukang plak dah...
ok.. mcm ni citer nye bermula.
sblm ni aku ade minta tlg Nana blikan tiket flight.
korang refer n3 NI.
 
dh smpi la masa nye utk bawa anak2 merasa naik kapal terbang.
abg iman la paling x sabar nak naik kapal terbang.
kemain seronok dia. x takut lak tu nak take off.
dia plak yg soh kite pakai tali pinggang dlm flight.
bersemangat sungguh!
hehehehe...
 
ekcelikan ni bkn kali pertama aku naik flight.
ni kali ke 3. tp kali pertama bawak anak2 n handle sume sendiri.
sblm ni g ngan makcik en. izhar.
dia yg uruskan sume.
aku tau2 follow dia n last dh ade dlm flight.
Alhamdulillah... kali pertama handle sendiri sume nye ok.
berkat tanya2 kat kawan2 la yer.
hehehehe
 
en. izhar beratur nak check in.
1 beg je yg masuk kabin.
 
dpt boarding pass... :)

sblm masuk tu lepak jap sbb nak g toilet.
adik tu kan la ni kalo amik gambo mesti jari dia gitu.
nak wat peace x pandai.. hehehe.
adik ok dok dlm tu kalo kite tolak dia.
kalo renti hancussss....

tggu btol2 dpn gate.
hahahha... semangat anak branak2.

budak2 hepi tgk kapal terbang...

ok dah masuk..
abg behave je tau. ok la ble handle dia sbb dh besar kan.
adik tu... pergh!!!!

lentok kemain mamat tu... :)

ayah seat sblh.. hehehhe

ble plak abg dpt kawan.
kenal masa nak g, skali balik pon jumpa lagi... :)
 
ok la kite smbg part lain plak yer... :)