::iKLan @ aty@@rim@n

Thursday, September 29, 2011

Aku kena saman???


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Sana dan Sini dok citer pasal dorang guna MyEG.
aku pon dgn sengaja bukak la myeg tu.
saje2 cek kot2 ade saman ke hape kan.
skali mmg btol ade. saman POLIS.
tp masalah yg timbul ialah:
  1. no plat tu btol
  2. tempat tu salah
  3. masa pon salah
  4. speeding pon salah.
nak tau nape aku katakan salah??
sebab nye ialah:
  1. no plat tu ialah no plat motor aku
  2. motor aku tu x pernah smpi KL lagik
  3. motor aku tu motor buruk
  4. motor aku tu speeding 60km/j pon cam bawak 10km/j
tu sbb aku muskil skit ngan saman ni...
hmmmmm....

ni saman aku

yg ni plak nama en. izhar.
yg en. izhar punya mmg ade byk kemungkinan mmg btol la.
sebab nye ialah:
  1. mmg btol nama + no plat tu
  2. kemungkinan btol la tempat kejadian tu
  3. cume tarikh je x bape ingat.
  4. kete tu last dijual tahun 2006 or 2007
tapi.... kete tu bkn en. izhar pakai.
kete tu digunakan oleh fil + mil.
so kena la tanya dorang... :)

Ikan Siakap


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
rentetan dr n3 yg Ikan Bakar kan.
aku ade btau yg kitorang x pilih ikan siakap sbb muak kan.
ekceli kan hr kitorang g makan2 tu mak aku dh siap2 masak.
lauk nye Siakap goreng + tomyam.
lagik pon kitorang selalu makan ikan siakap.
semua nye gara2 tunang adik aku la.
ekceli tunang adik aku keje kat...
kolam ternakan ikan siakap.
hehehhe...
so bile tergerak nak makan ikan siakap just call je dia.
bkn sekor 2 yg dia hantar.
berekor2 weh...
smpi kekadang dh muak.
mak aku smpi kan x tau dh nak masak apa ikan tu.
pernah dia bg smpi 10 ekor.
last2 mak aku bg2 kat org.
sbb x termakan byk sangat.. :)

abaikan thn en. izhar tgh memilih ikan tu...

ni la tunangan adik aku.
adik aku yg girl tu... :)
(glamer ko kejap piee kat blog aku)

Wednesday, September 28, 2011

Ikan Bakar Ala...Kasim


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
di Kg. Alai, Melaka.
sbnr nye ni sempena sambutan Belated Besday Mak aku.
besday mak aku pd 17/9/2011.
tp disebab kan xde yg free, so malam tadi la br nak makan2.
ni mmg port kesukaan kitorang adik beradik + sedara mara.
siap rekemen kat kawan2 gak.
jom tgk gambar la.
nak citer panjang x bape pandai lak tetibe...
hehehehe

papan menu

en. izhar tgh memilih...

 antara seafood yg ade.
kerang, kupang, lala n sotong

jenahak + siakap.
kitorang pilih jenahak sbb jemu makan siakap.
nanti aku citer nape jemu makan siakap yer...

pari + ketam

ni nama dia Shell. kalo tgk side dlm seafood ni kan mmg sama ngan
lambang Shell stesen minyak tu. :)

pari goreng tepung.
ni amik kedai lain.
kedai yg ni biasa pari bakar sambal.
muak x nak makan try lain pulak.

sotong goreng tepung.
paling best...

ketam goreng biasa.
ni aku yg amik. amik 2 ketol je.

kupang goreng cili.

pencicah kicap + cili. sangat pedas + sedap.

fresh oren yg marbeles... :)

nasi lemak power.
aku makan sebungkus sbb lebih makan seafood.

en. izhar..pesal la wat muka gitu?? ceh...

aku yg kelaparan.

iwan nak capai sotong.

tukang bayar. adik aku...hehehe

along + abg ipar aku.
abg ipar aku balik keje lmbt so dia capai je apa yg ade.
last2 br pasan dia pakai suar tido.
sama ngan anak dia. hahahha

tukang makan.

aku ngan adik.
nmpk x muka adik ade tanda2 tu. nanti aku citer.

ekceli kan aku smpi awal kat kedai dlm kul 7.30mlm.
masa tu lepas maghrib sbb nak order + pilih tempat.
takut penuh konon2 nyer la.
skali org x ramai tp tukang makan yg lain lmbt smpi.
dorang smpi dlm kul 8.30mlm.
last2 nye makanan sejuk ler.
watever pon thanx la kat adik aku sbb sudi belanja.
tp ikan pari tu aku dh byr dulu.
x klem pon ngan dia. hehehehe


WW #2


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

budak tgh mamai pakai ntam je tido... :)

Tuesday, September 27, 2011

Rokok (aku balik terkena)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
... GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&
** kopi pes dr blog Tinie
** penah gak terkena gini kat aku... :(

Bosan...


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
aku blur lagik hr ni.
dh la ekon kat opis ni rosak.
panas walaupon ade kipas.
apa la tenaga kipas nk di bandingkan ngan ekon.
tp sekurang2 nye x la aku terusan kepanasan.
ntah bile la kontraktor repair ekon ni nak smpi.
ble migrain aku kalo terus2 begini.
huhuhu... haru jap idop aku...


Monday, September 26, 2011

Wedding Norman Hakim & Memey


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
dh pon kawin dorang ni...
semoga berbahagia dan berkekalan hendak NYA...:)



Tesco RM10 Voucher


 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

salam sume... good morning...
pg2 dh citer pasal baucer kan.
ekceli mggu lepas ade baca iklan.
beli barangan susu Dutch Lady worth RM80 dpt RM10 baucer tesco.
zasss...terus je balik keje menuju ke tesco.
ekceli mmg dh gaji n perlu beli keperluan anak2.
so hr tu decide ke tesco utk bli susu.
bkn la murah sgt tp sbb nak baucer kan.
ekceli selalu nye bli kat family store jer.
kat family store murah ckit la... RM 20.89.
kat tesco ofer RM21.99 beza RM1 tp dpt baucer.

ni la baucer nye...

masa bli susu ni tgk kat rak susu budak x luak pon.
mcm x bape ramai yg bli ke staff tesco br susun x tau la kan.
tp masa g kat rak susu dutch lady kotak or fresh milk lengang.
rupanye susu kotak ofer RM3.99 sekotak.
kire murah la kan kalo x RM4++.
aku pon amik 2 kotak nak wat kuih.
lepas dh byr ke kaunter khidmat pelanggan nak redeem baucer.
tgk la senarai yg org redeem baucer.
tangga teratas redeem RM50.
mak oi...byk nye dia bli susu... hehehhe
baca kat T&C blkg baucer tu tulis valid 365 hari.
so simpan dulu la. x tau nak bli apa wat masa ni.

Friday, September 23, 2011

Tak Tau...


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
  1. x tau nak tulis apa
  2. x tau nak apdet apa
  3. x tau nak letak gambar apa
  4. x tau nak buat apa
  5. x tau nak citer apa
  6. sume menda x tau
  7. pale otak blur, mengong
  8. ntah.....hahahhahaha

Thursday, September 22, 2011

Adik Punya!!!


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
alkisah nye...selasa lepas cuti sbb bibir bengkak.
kena ulser dlm mulut smpikan bibir bengkak sbb besar n ulser dh ke tepi bibir.
then lepakking kat umah mak.
ptg tu tgk abg iman n hawa main beskal.
si adik melalak2 nak gak main beskal abg.
so g la giant servey beskal roda 4 kecik tu.
mahai la. call mil mintak tgk kan kat mydin.
then mil ckp dh bli. rege murahan je la.
yg simple2 sudah la kan.

ni la beskal nye.
tp kisah nye pulak si abg x bg adik main.
dia kata tu dia punya.
bile hte beskal kat umah mak, sume jenis beskal dia kaut sorang.
adik nk main dia x bg tp bkn dia main pon.
nyakitkan hati tol la abg ni.
sian adik terkulat2 tgk beskal dia abg pelok.
kemain dia dtg dekat kat abg tp abg tolak.
last2 nye mak aku simpan dlm stor bawah tangga.

blm pape abg dh jahanamkan beskal adik.
tgk la cap sport rim dh tercabut.
adik merasa pon bang2 seminit dua....
abang...abang...
bila ckp tu adik nye dia jawab
'abg punya la!'
hmmmm.....

Wednesday, September 21, 2011

Sayangilah Anak Kita


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

*** copy dr blog Tinie


Wednesday Wordless (#1)


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

ekceli dia dok masuk bawah meja nk amik ball kat dlm tu.
last2 nangis sbb x ble bgn.


Monday, September 19, 2011

Jalan jalan pusing pusing


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ahad lepas g mydin mall.
ekceli sesi mencari tshirt putih utk ayah iman.
ye la ayah kan nk start training keje part time kat McD.
so dorang soh pakai tshirt putih tp ayah xde.
kena la g cr.
lepas tu bawak la abg n adik main2 kat tpt permainan.
abg x suka g playground.
masa main kemain suka nak balik... hancuss..
ngamok sakan la abg sbb tarik dia balik.


adik dok berangan cam dia drive.
mmg dia suka main stereng kete ayah.

abg berangan gak cam dia yg bawak kete... :P

nk main tembak2 pulak.
x sampai pon... :)

adik maintain senyum2.

abg dh mula main lepok2 ngan ayah.
time ni dia melalak2 xnak balik.
sume org dok pandang.

cara ayah memujuk anak nye.

last2 ibu bg duit soh dia bli jambu.
masa dia nak amik plastik jambu tu dia cakap..
'x sampai la ibu...'
plastik tu jauh. hehehehe.
pastu dia ok tapi...ibu dpt ckit je jambu sbb dia tibai sume...
hehehhe