::iKLan @ aty@@rim@n

Saturday, January 14, 2012

Harith demam


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

sian dia... demam panas..
gigil2 badan dia...
semoga adik cepat sembuh yer sayang...

Friday, January 13, 2012

entry untuk NANA Aflianaz


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

saje aku wat n3 untuk makcik kenit ni.
dia ckp x tau aku ade  blog mcm kawan2 dia yang lain
seperti NANA, FALSYA dan DIAH.
seb bek aku x murka tau nana keding.
eh korang jgn salah paham tau nape aku pggl dia gini.
sebab kawan2 dia yg pggl gitu. aku ikut kan jer.

so, la ni ko dh tau kan blog aku.
xreti2 nak klik nuff aku tu??
hahahaha...
eh gambo aku cilok kat FB ko tau...
jgn mare!!!

Daftar @ OUM


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

hari Isnin 09/01/2012 aku temankan adik aku ke OUM.
dia nak daftar nak sambung blaja wat Degree.
bkn dia je tau.
kami semua adik bradik smbg blajar.
ni pon hasil usaha adik aku memujuk sume.
ekceli dia nak smbg tp xde kawan.
dia ajak la kembar dia, aku n kak long aku.
memandangkan dia nak masuk gak this year,
aku n yg lain2 xde duit nak byr yuran,
dia dgn baik hati wat loan n tolong byr kan.
utk aku + kak long 1st sem je dia byr kan.
kembar dia, dia bg full loan tu.
tp syarat nak dia byr kan ialah kena amik course IT.
so aku decide amik IT + management.
dia amik course IT + sofware.
kitorang divide 2 group.
adik aku ngan kembar dia amik software.
aku ngan kak long amik management.
kire ok la kan.
so mulai thn ni bertambah la 1 lagik status aku.
Isteri, Ibu, Pekerja dan Pelajar.
adik aku (alang) sebagai model iklan jap.
hehehehe

ni model kereta. hahaha

ni bag dpt masa daftar.
ade buku modul dlm tu.

ni la isi2 nye... :)

ade kes tau masa kitorang nak daftar ni. dorang suka masa kitorang nak daftar siap ckp masa orientas tu nanti nak amik gambar kitorang adik bradik. pelik jugak la kan kenapa sume staff kat ctu excited sangat ngan kitorang. smpi sume staff kuar jumpa kitorang. bile tanya, rupa nye staff kat ctu ckp, x pernah ade adik bradik dtg daftar skali 4 org + ade kembar pulak tu. so dorang nak masukkan dlm majalah TODAY dorang la. kire mcm magazine bulanan dorang kot kat ctu. sabo je la. aku ngan adik aku dh gelak2 sbb glemer kejap hr tu. hehehhehe
korang sume...

doa kan moga aku berjaya tamat belajar dengan jaya nya yer.
bg la aku support time aku down ke apa ke ek...
jasa korang sume aku dulukan dgn ucapan TQVM... :)

n for my beloved hubby..
tQ sbb support ibu utk smbg blaja.
dr dulu ayah x kenal erti penat nak buat kan semua impian ibu tercapai.
ibu akan hargai setiap apa yg ayah dh buat utk ibu..
I love U much...

*** ni la sbb nye en. Izhar wat partime. :)

Thursday, January 12, 2012

KSN: SBPA ditangguh, PM akan umum butiran


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

CYBERJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sambil berkata, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

"Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut," katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan keputusan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi memastikan semua penjawat awam berpuas hati.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, Cupeacs faham akan keprihatinan Perdana Menteri dalam menuntut hak sama rata bagi semua penjawat awam supaya tidak timbul ketidakseimbangan dalam kenaikan gaji.

“Cuepacs faham apa yang kerajaan cuba lakukan, dan itu resolusi terbaik supaya penjawat awam tidak merasa tersisih dalam menerima insentif dan saraan baru kerajaan itu,” katanya.

Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.


*** pd aku baik teruskan tp buat penambahbaikan kemdian hari. ni dh membazirkan kertas sbb org dh ready nak wat gaji baru.. hmmm.....
*** info dr Sinar Harian