::iKLan @ aty@@rim@n

Thursday, June 14, 2012

Novel : Kau Pemilik Hati


 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!!

aku baru je lepas order buku ni.
apa la nk jadik ngan aku ni kan.
modul blajar x nak dibaca.
tp buku citer je di baca nyer.
jgn fail kemdian hari dh la yer.
ishk... mintak dijauhkan la.
aku baca time aku bosan + tension je.
modul tetap kena baca jugak.
jgn lupa wat assigment sudah...
hahahha...

kat bawah aku bg review ckit buku ni ek.

Sinopsis:

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?
 
 
so, pada sesiapa yg berminat nak bli buku ni ble la klik kat sini
 
info :
 
ISBN: 978-967-0448-02-2
HARGA SEMENANJUNG: RM 20.00
AHLI KN: RM 16.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 23.00
AHLI KN: RM 19.00
 

1 comment:

  1. g amik novel kat uma mak cik rose tu..baca sampai lebam ok..

    ReplyDelete

sila tinggal komen yang baik baik yer.
komen yang kurang baik akan di hapus kan.
terima kasih kerana memberi kerjasama...