::iKLan @ aty@@rim@n

Tuesday, July 10, 2012

Gastrik


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

hai korang!!

dh nak dekat pose ni kan.
aku nk share la ckit pasal info gastrik ni.
bkn je utk korang tp utk aku gak la.

ekcelikan.. isnin mggu lepas aku pose.
aku sahur cume minum nesvita je.
malas la nak masak2 bagai kan.
then berbuka... makan nasi ngan sambal la.
sbb tu je lauk yg ade mak aku masak.
esok pg (selasa) nye plak aku x pose.
so aku g makan kat kantin.
nasi lauk rendang telo yg pedas ckit la.
ok lagik. malam makan nasi lauk kari.
kari tu pekat n terasa rempah n pedas nye.

nak dijadikan cerita..
malam tu jugak la aku sakit perut teramat2 sangat.
dengan muntah2 bagai ngan kembung bagai.
bile tgk aku x ble tahan en Izhar paksa g klinik.
masa smpi kat klinik tu dh nak tutup.
tp sbb aku x tahan sangat doc tu bg je masuk.
doc bg aku 1 injection ngan ubat2 segala bagai.
so, doc ckp aku kena gastrik.
mmg aku ade gastrik tp x pernah rasa mcm ni punye sakit.
smpi muntah2 bagai.
aku dinasihatkan agar x pose utk sementara waktu ni.
jgn skip makan. smpi la bulan pose.
itu pon kena refer kat dia dulu sama ada ble pose ke idak.
ishk...

lepas tu aku pon ok la.
tp sejak ahad malam aku mula sakit balik.
ni pon tgh menahan sakit perut.
makan ubat pon x jalan gak. adeh..
nak kena g klinik balik ke???

Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

1 comment:

  1. aku ni x gastrik tp biler poser, rasa nak pitam... huyaiiii Ramadhan da dekat nih...

    ReplyDelete

sila tinggal komen yang baik baik yer.
komen yang kurang baik akan di hapus kan.
terima kasih kerana memberi kerjasama...