::iKLan @ aty@@rim@n

Monday, August 8, 2011

alhamdulillah.... bonus oh bonus!!!

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara


2011/08/08

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA 


** nothing to say. just nk ucapkan berbanyak2 terima kasih...

12 comments:

  1. cantik arr.. raya nnt klu aku dtg umah ko, bg aku duit raya ek.:P

    ReplyDelete
  2. Jue ~ dtg raya dipersilakan bab duit raya rasa nye ko yg kena bg kat anak2 aku. hehehehe

    ReplyDelete
  3. happy for u. bestnya korg dpt bonus nk raya kan

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah afne.. aty xkisah nk bg byk ke sikit asalkan ade. nk harap kan gaji tolak itu ini x sampai ke raya. hehheehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..rezeki nak raya kan..

    ReplyDelete
  6. ~ana~ tu la kan.. rezeki..byk ke ckit ke time je la...

    ReplyDelete
  7. sedap bunyik dia..bonus
    kamek nieH..advance ok..sob sob

    ReplyDelete
  8. kak ila ~ sabo ye kak. org gaji 2 3 ribu sedap la kak even 1/2 gaji. kami yg gaji 1k ni. sama je... tp x kisah...

    ReplyDelete
  9. aku dgr memula hepi pas2 kira2.... aiyak, kete aku rosak rupanyer huhuhuwaaaaa

    still... Alhmdlh...

    ReplyDelete
  10. lia sayang.. sama je ko ngan aku. hahaha

    ReplyDelete
  11. haiii...1st..syukur dapat bantuan seperti ini..dapat le tambah menambah ape yang patot..
    2nd..aku tak suke/hairan nape di beri macam tu,orang yang gaji tinggi, dapat banyak..yang gaji rendah dapat sikit..explain plessss...

    ReplyDelete
  12. Rose~ itu la rose. aku lagi suka bg cam sblm2 ni. sume org dpt sama rata jer... hehhehe

    ReplyDelete

sila tinggal komen yang baik baik yer.
komen yang kurang baik akan di hapus kan.
terima kasih kerana memberi kerjasama...