::iKLan @ aty@@rim@n

Friday, December 9, 2011

Resepi: Slice Cheese Cake


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُI

ok la ek.
ni aku sharekan resepi nye.
memula resepi ni aku amik dr blog Hanamemories,
then aku tgk resepi tu ade dlm My Resepi 
nanti kalo korang free2 korang try la ek.
x susah mana pon.
cuma jadik ngan x jadik je.
bahan2 pon xde la susah mana nak cr n x mahal pon.
ok?
hehehhe

Slice Cheese Cake


Bahan-bahan

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencuba!
SELAMAT MENCUBA!!!

1 comment:

  1. nak baked yang malas sikit
    sbb takot trajedi lama berulang lagi..huhuhu
    (alasan kan)

    ReplyDelete

sila tinggal komen yang baik baik yer.
komen yang kurang baik akan di hapus kan.
terima kasih kerana memberi kerjasama...