::iKLan @ aty@@rim@n

Wednesday, October 3, 2012

I Love You, Stupid!


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


hai korang!!!

apa la yang I love you tetibe ni kan. siap kena stupid lak tu. hahahha...
ekceli aku nk bg review pasal buku baru yang aku baru beli ni.
best giler!!!


ekceli penulis buku ni adalah penulis yang sama menulis buku Awak Suka Saya Tak??
so, penulis Melur Jelita dah kuarkan buku baru.
n tajuk nye ialah I Love You, Stupid!
aku antara yang terawal menempah buku tersebut.

masa memula aku dpt buku ni. aku tgk jer.... 
Ya Allah...
tebal gilos ler.. 1300++ muka surat tu!!!
puas la aku pk kan bile la ble abis aku baca buku ni sbb tebal bebebo. nak pegang pon berat.
mmg xde nye la nk abiskan dlm masa sehari mcm buku2 lain aku baca.
dgn aku dh kena sound ngan en. Izhar nye kan.
nak tau apa dia sound aku???
dia ckp... aku kalo dh ngadap buku lain keje tarak buat. hahahhaha...
so.. kalo dia ade kena la kurang2 kan ckit xtvt membaca.

ok la.. malas nk membebel pepanjang.
aku nk bg korang baca ckit pasal buku ni ek.
sesapa yg berminat nak dptkan buku ni sila klik di bawah ni.


Semenanjung : RM39
Sabah/Sarawak : RM42
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

I Love You, Stupid!
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”



4 comments:

sila tinggal komen yang baik baik yer.
komen yang kurang baik akan di hapus kan.
terima kasih kerana memberi kerjasama...